Ahad, 21 Ogos 2011

ramadhan yang akan di tangisi

alangkah indahnya sujud pada Mu...
dalam rangkak ruku...menuju pada Mu...
sepuas hati ku meneran tangisan...
agar rahmat Mu kunjung tiba...

indah damai tenang dan sayu....
bertemu mu bagaikan talian kasih yg berpadu...
syahdu hati sendiri sedu...
mengharap rahmat serta cinta Mu...

hati ingin sekali...
namun nafsu tetap menebali....
ingin di redam kepelusuk bumi...
agar bisa mengabdi diri...
tetapi siapa tahu...diri ini sekadar budi yg mati...

setelah 3 fasa di tempuhi....
kini kau akan pergi....
meninggalkan kami yg masih blm pasti....
berjaya meneguk kasih dan ampunan Mu ilahi....

keberkatan ini hanya sekali...
apa mungkin kita bisa bertemu kembali...
bg mendidik jiwa mnjadi abdi...
atau sepi dan mati yang mengunjungi...
semuanya seperti tidak pasti...

Ya Robbi...hadir kami memohon hdayah...
menuju ke jalan yg terarah....
agar kami bisa berda'wah....
hindari kami dri di azab....
moga dipertemukan dgn Ramadhan akn dtg....amin..

Selasa, 12 April 2011

Ummu Sulaim Menanti Keislaman Abu Talhah

Ummu Sulaim Menanti Keislaman Abu Talhah

Sekilas Tentang Dia:

Nama sebenarnya ialah Ghumaisa’ Bintu Milhan. Ibu kepada Anas Bin Malik (ra). Berumur 40 tahun ketika Islam mula menyinari bumi. Memeluk Islam ketika dakwah Mus’ab Bin Umair di Madinah. Berkahwin dengan Abu Talhah selepas kematian suaminya yang pertama.

Kisah 1)

UMMU Sulaim ialah ibu kepada Anas bin Malik, salah seorang sahabat dan pembantu peribadi Nabi Muhammad SAW. Ummu Sulaim menyerahkan Anas bin Malik kepada Nabi Muhammad ketika berusia 20 tahun untuk melayan beliau. Dia memeluk agama Islam ketika Nabi Muhammad masih berada di Mekah. Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim bersama golongan Muslimin dan Muslimat Madinah menyatakan keimanan mereka di hadapan nabi Muhammad.

Suaminya, Malik bin Nadir rasa tercabar dan marah apabila isterinya sudah memeluk agama Islam. Dia tidak percaya dengan agama Islam dan Nabi Muhammad. "Adakah kamu sudah menjadi gila dengan mengakui agama Islam sebagai agama kamu,!" tengking suaminya dengan nada marah. "Saya tidak gila tapi beriman pada Allah dan rasulnya," jawab Ummu Sulaim dengan tegas.

Kemudian Ummu Sulaim mengajar anaknya Anas mengucap dua kalimah syahadah. Anas bin Malik menurut perintah ibunya lalu mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar. Malik menjadi berang dengan tindakan Ummu Sulaim itu dan memarahinya. "Jangan kamu rosakkan anak saya!," jerit Malik dengan nada geram. "Saya tidak merosakkan anak kamu," balas Ummu Sulaim dengan tenang.

Malik bin Nadir keluar dari rumahnya dengan perasaan tidak puas hati. Dia tidak faham mengapa isterinya sanggup meninggalkan agama nenek moyangnya yang menyembah berhala lalu menerima agama Islam. Hatinya panas dan geram dengan apa yang sudah berlaku di rumahnya tadi. Akhirnya dia membuat satu keputusan drastik setelah berfikir panjang. "Saya tak tahan dengan sikap isteri saya. Saya akan tinggalkan mereka berdua di Madinah dan berhijrah ke Syam". Malik bin Nadir memulakan perjalanannya ke Syam.

Apabila tiba di Syam, Malik terserempak dengan musuhnya. Musuhnya yang ingin membalas dendam telah menikamnya sehingga mati. Berita kematian Malik akhirnya tiba di telinga Ummu Sulaim dan dia berjanji tidak akan bernikah selagi Anas tidak meningkat dewasa. Apabila Anas memasuki alam dewasa, Abu Talhah al-Anshar datang melamarnya. Namun lamaran Abu Talhah ditolak oleh Ummu Sulaim kerana dia masih belum memeluk agama Islam.

Walaupun lamaran Abu Talhah ditolak, dia tidak berputus asa. Dia melamar Ummu Sulaim buat kali kedua. Ummu Sulaim menolak lamaran Abu Talhah sekali lagi kerana hatinya masih belum terbuka memeluk agama Islam. "Dengar sini Abu Talhah, adakah kamu tidak sedar bahawa apa yang kamu sembah itu adalah ukiran kayu yang tidak dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada kamu?

"Apabila kamu menyalakan api di sekelilingnya, sudah pasti mereka hangus terbakar. Tidakkah kamu malu untuk menyembah semua itu? Jika kamu sedia memeluk agama Islam, maka saya bersedia untuk bernikah dengan kamu. Saya tak mengharap mas kahwin selain kamu menganut Islam," jelas Ummu Sulaim.

Setiap kali Abu Talhah melamar Ummu Sulaim, jawapannya sentiasa sama iaitu Abu Talhah harus memeluk agama Islam sebelum bernikah dengannya. Lama kelamaan jawapan Ummu Sulaim mempengaruhi fikiran Abu Talhah sehingga dia memeluk agama Islam. Ummu Sulaim gembira mendengar berita itu lalu bersetuju untuk menikahinya. Ummu Sulaim tidak meminta mas kahwin melainkan Abu Talhah memeluk agama Islam. Ummu Sulaim memperoleh mas kahwin yang lebih mulia dari mana-mana wanita pada ketika itu. Mas kahwinnya adalah Islam.

Ummu Sulaim turut serta dalam Perang Uhud bersama Aishah binti Abu Bakar. Mereka berdua mengangkut air di atas bahu lalu membahagikan kepada pasukan tentera Islam yang bertempur di medan peperangan. Setiap kali kehabisan air, Ummu Sulaim dan Aishah mengangkut air kembali untuk diberikan kepada tentera Islam yang kehausan.

Ketika Perang Hunain meletus, kaum wanita juga bergabung dengan pasukan tentera Islam untuk memerangi pihak musuh. Nusaibah membawa pedang pada tangannya dan Ummu Sulaim membawa pisau belati yang diikatkan pada pinggangnya. Hatinya bergelora berperang walaupun pada ketika itu dia mengandungkan Abdullah bin Abu Talhah.

"Saya tak berani nak menunggang unta dalam keadaan sebegini. Seandainya saya terjatuh, ia bahaya pada kandungan saya," bisik hati kecil Ummu Sulaim yang merapatkan mukanya ke badan unta. Tangan dimasukkan ke jalinan bulu yang diikatkan di hidung unta bersama tali kendali. "Ya Rasulullah, Ummu Sulaim datang membawa pisau belati di pinggangnya," ujar Abu Talhah kepada Nabi Muhammad ketika Ummu Sulaim menghampiri mereka. "Untuk apa pisau belati itu," tanya Nabi Muhammad dengan nada hairan. "Jika ada pihak musuh yang mendekati diri saya, maka saya akan robekkan perut mereka dengan pisau belati ini.

"Saya akan bunuh orang-orang Islam yang cuba melarikan diri daripada melindungi diri mu Rasulullah sebagaimana kamu membunuh orang-orang yang menentang kamu kerana mereka hanya layak untuk dibunuh," jawab Ummu Sulaim lalu memegang pisau belatinya.

"Sesungguhnya Allah memberikan kecukupan dan kebaikan, wahai Ummu Sulaim," balas Rasulullah sambil tersenyum mendengar jawapan Ummu Sulaim itu.

Begitulah kisah seorang wanita yang menyerahkan anaknya untuk dijadikan pelayan kepada Nabi Muhammad. Dia tidak gentar atau takut dengan suaminya yang memarahinya memeluk agama Islam. Dia hanya berkahwin dengan Abu Talhah setelah memeluk agama Islam. Mas kahwinnya adalah agama Islam. Walaupun dirinya sedang mengandung, Ummu Sulaim tetap menyertai Perang Hunain bagi menegakkan agama Islam.

Kisah (2) Yang Menjadikannya Istimewa:

Selepas keislamannya, suaminya Malik Bin Nadhr memujuknya supaya kembali kepada agama asal namun beliau tetap dengan pendiriannya dan akhirnya suaminya meninggalkannya dan menuju ke Syam, dan tidak lama selepas itu suaminya mati dalam kesyirikan. Selepas kematian suaminya itu, Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam datang membawa emas dan perak untuk meminangnya. Lantas beliau berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam, sekiranya engkau terima maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”.

Abu Talhah kemudian keluar dan kembali sebagai seorang Muslim, maka beliau pun mengahwininya. Berkata seorang wanita Ansar, “Tidak pernah kami mendengar hingga kini seorang yang lebih mulia maharnya dari Ummu Sulaim yamg mana maharnya adalah Islam”.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair.

Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”. Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?” Jawabnya: “Tidak”. Kemudian Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”. Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.

Subuhnya, Abu Talhah pergi menemui Rasulullah (saw) dan menceritakan peristiwa yang berlaku itu. Kemudian Rasulullah (saw) berdoa semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak lama selepas itu, Ummu Sulaim telah dikurniakan 10 orang anak yang mana kesemuanya dikalangan ulama yang terpilih.

Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan uslub yang menarik. Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya. Semoga kita dapat mencontohi pekerti Ummu Sulaim yang mulia ini, dan moga Allah mengurniakan kepada kita semua ketabahan iman dalam menempuhi liku-liku hidup ini. Allahumma Ameen.

www.mukmin.com

Rabu, 22 September 2010

Sunat Berpuasa Enam Hari Di Bulan Syawal


Hadith :

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.

Huraian
1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu..

Rabu, 18 Ogos 2010

ramadhan ke-9

Awan yg membiru mendamaikan qalbu

indah panorama ciptaan Ilahi

juga anugerah / amanah buat hamba Ilahi ini

kedamaian yang tersembunyi

salam ramadhan semoga ibadah puasa kali ini lebih bermakna di sisiNya, Maha Pencipta...

Sejenak di ramadhan ke-8 (17hb ogos 2010)

Hujan rahmat

rezeki ramadhan (rambutan kuning)

terlena, lentok, kepenatan

garangnyer....

so creative.. n cute....

Isnin, 16 Ogos 2010

anak soleh ayah

abu mukhlis with son -riding horse -
eh kereta kuda..lebih kurang sama aje la..

-mukhlis, soleh boy-
exploring....

Jumaat, 13 Ogos 2010