Rabu, 18 Ogos 2010
Isnin, 16 Ogos 2010
Jumaat, 13 Ogos 2010
Khamis, 12 Ogos 2010
Puasa
“Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Huraian
Pengajaran Hadis:
1. Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.
2. Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
3. Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu
i. Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
ii. Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
iii. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
iv. Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
4. Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.
5. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.
Isnin, 9 Ogos 2010
kata-kata Hikmah
Sepotong roti
(Laman nurani)
“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat.
Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih.
Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta
sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa
engkau telaah lalu diamalkan isinya…
jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah,
namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai
orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan
oleh-Mu kepadaku,
maka campakkanlah dalam
hatiku cinta kepadanya adalah
kerana-Mu,
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah ku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku.
ya Aallah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar
tidak melebihi cintaku pada-Mu.
ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling pada-Mu.
ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.
ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindui syurga-Mu.
ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu
ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
ya Allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
mati hanya sekali jadikannya pada jalan allah,
Ahad, 8 Ogos 2010
Ahlas wasahlan Ya Ramadhan
(petikan dari : i luv islam)
Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa
Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu
Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir
Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim
Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung
Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya
Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku
Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku
Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku
YA ALLAH