| Hadith : |
| Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”. Huraian 1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit. 2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun. 3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.. |
Rabu, 22 September 2010
Sunat Berpuasa Enam Hari Di Bulan Syawal
Rabu, 18 Ogos 2010
Isnin, 16 Ogos 2010
Jumaat, 13 Ogos 2010
Khamis, 12 Ogos 2010
Puasa
“Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Huraian
Pengajaran Hadis:
1. Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.
2. Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
3. Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu
i. Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
ii. Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
iii. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
iv. Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
4. Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.
5. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.
Isnin, 9 Ogos 2010
kata-kata Hikmah
Sepotong roti
(Laman nurani)
“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat.
Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih.
Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta
sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa
engkau telaah lalu diamalkan isinya…
jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah,
namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai
orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan
oleh-Mu kepadaku,
maka campakkanlah dalam
hatiku cinta kepadanya adalah
kerana-Mu,
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah ku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku.
ya Aallah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar
tidak melebihi cintaku pada-Mu.
ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling pada-Mu.
ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.
ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindui syurga-Mu.
ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu
ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
ya Allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
mati hanya sekali jadikannya pada jalan allah,










