Rabu, 22 September 2010

Sunat Berpuasa Enam Hari Di Bulan Syawal


Hadith :

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.

Huraian
1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu..

Rabu, 18 Ogos 2010

ramadhan ke-9

Awan yg membiru mendamaikan qalbu

indah panorama ciptaan Ilahi

juga anugerah / amanah buat hamba Ilahi ini

kedamaian yang tersembunyi

salam ramadhan semoga ibadah puasa kali ini lebih bermakna di sisiNya, Maha Pencipta...

Sejenak di ramadhan ke-8 (17hb ogos 2010)

Hujan rahmat

rezeki ramadhan (rambutan kuning)

terlena, lentok, kepenatan

garangnyer....

so creative.. n cute....

Isnin, 16 Ogos 2010

anak soleh ayah

abu mukhlis with son -riding horse -
eh kereta kuda..lebih kurang sama aje la..

-mukhlis, soleh boy-
exploring....

Jumaat, 13 Ogos 2010

Khamis, 12 Ogos 2010

Puasa

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Huraian
Pengajaran Hadis:
1. Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

2. Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

3. Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu
i. Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
ii. Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
iii. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
iv. Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

4. Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

5. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Isnin, 9 Ogos 2010

kata-kata Hikmah

Sepotong roti
(Laman nurani)


“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat.
Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih.
Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta
sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa

engkau telaah lalu diamalkan isinya…
jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah,
namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”




Bingkisan Doa


Sekiranya kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kepada kita,

tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

sekiranya kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang yang mencintai

orang yang kita cintai,

tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,

kita akan turut mencintai

orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

ya Allah,

andainya dia adalah jodoh

yang ditetapkan

oleh-Mu kepadaku,

maka campakkanlah dalam

hatiku cinta kepadanya adalah

kerana-Mu,

dan campakkanlah dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang

ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

berikanlah ku kekuatan agar pasrah

dalam mengharungi ujian,

yang kau berikan kepadaku.

ya Aallah,

jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang

melabuhkan cintanya pada-Mu,

bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

ya Muhaimin,

jika aku jatuh cinta,

jagalah cintaku padanya agar

tidak melebihi cintaku pada-Mu.

ya Rabbana,

jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar

tidak berpaling pada-Mu.

ya Rabbul Izzati,

jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang

yang merindui syahid di jalan-Mu.

ya Allah,

jika aku rindu,

jagalah rinduku padanya agar

tidak lalai aku merindui syurga-Mu.

ya Allah,

jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan

indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

ya Allah,

jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,

janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

ya Allah,

jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga

melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

mati hanya sekali jadikannya pada jalan allah,

-wallahu alam-

Ahad, 8 Ogos 2010

Ahlas wasahlan Ya Ramadhan

kasihku pada Ramadhan
(peti
kan dari : i luv islam)

Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

Rabu, 21 Julai 2010

kerana Jihad

Kategori :IBADAH Akidah
Tajuk :Kerana Jihad

Hadith :
Dari Jundub bin Sufyan r.a katanya: “Jari Rasulullah s.a.w berdarah kerana luka dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Bukankah engkau hanya sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fisabilillah.” (Muslim)

Huraian
Walaupun Rasulullah s.a.w diberi jaminan oleh Allah bahawa usaha untuk mendaulatkan agama Islam akan mendapat kejayaan pada akhirnya, namun baginda tidak diberi laluan mudah. Sebaliknya Allah memerintahkan baginda supaya berjuang dan berjihad dengan segala yang ada bagi mencapai kemenangan yang telah dijanjikan-Nya itu. Mereka tetap diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta benda, malah jiwa raga untuk agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapai dengan kuasa ghaib tanpa perjuangan.

~wallahualam~
(i luv islam, ruangan himpuan hadith harian jakim)



Jumaat, 11 Jun 2010

INDAHNYA KELUARGA RASULULLAH SAW

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Al-Ahzab (33) :21)

Sesungguhnya contoh yang terbaik bagi seluruh umat Islam adalah ar-Rasul saw, kerana seperti ayat di atas, barangsiapa yang mengharapkan rahmat Allah SWT maka perlu mengikuti contoh manusia yang paling ulung, iaitu ar-Rasul saw. Maka di dalam membentuk ataupun mencari qudwah sebuah keluarga yang bahagia lagi di redhai, maka hal itu ada pada Rasulullah saw.

Sebagai manusia yang punya banyak kekurangan ini, kita sering kali terlupa dan lalai dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan yang baik dan harmoni. Ar-Rasul saw, sepertimana yang kita tahu, merupakan insan yang amat sangat lembut jiwanya dan sangat halus dalam berhubung dengan manusia umumnya dan ahli keluarga khususnya. Tetapi di dalam suatu sisi yang lain baginda merupakan seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan berkredibiliti didalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang rasul dan ketua keluarga.

Bagaimana hubungan ar-Rasul saw dengan isterinya? Hal ini merupakan satu hal yang amat penting bagi umat Islam hari ini, yang sering kali mengambil contoh tauladan dari barat di dalam memotivasikan rumah tangga muslim, hal ini amat menjengkelkan kerana mengambil contoh kehidupan yang bukan mentauhidkan Allah untuk diterapkan di dalam kehidupan kekeluargaan yang bertunjangkan pada prinsip tauhid. Maka hal ini akan amat kontradik dengan amalan keagamaan sesebuah keluarga muslim. Ar-Rasul saw, dalam bermuamalah dengan isteri atau zaujah baginda sangat indah dan romantis, beliau sangat berkomitmen di dalam melunasi hak-hak isterinya. Walaupun dengan memikul amanah yang sangat berat, iaitu sebagai Rasul Allah SWT yang tugas memerlukan pengorbanan yang sangat luar biasa, tetapi tetap tidak pernah melupakan hak-hak isterinya. Sepertimana suatu kisah, ar-Rasul saw telah keluar dari rumahnya untuk menyampaikan risalah suci buat umat sehingga pulang lewat malam, isterinya yang setia tetap menunggu ketibaan baginda sehingga terlena. Ar-Rasul saw sampai di rumah dan memberi salam, tetapi selepas tiga kali salamnya tidak dijawab lalu baginda membuka kain serbannya yang dililit di kepala dan dihamparlah kain itu dihadapan pintu rumahnya lalu merebahkan tubuhnya yang suci itu diatas lantai. subhanaAllah, suatu karekter yang amat indah dan penyayang. Lalu apabila si isteri terjaga dan mendapati suami yang tercinta yang bergelar kekasih Allah itu terlantar di depan pintu maka si isteri segera meminta maaf dengan setulusnya, akan tetapi akhlak nabi yang sangat indah itu tidak sedikit pun memarahi isterinya malahan baginda pula yang sungguh meminta maaf kembali. Inilah yang dikatakan satu sosok peribadi agung.
Bila ditinjau pula hubungan beliau dengan anaknya, maka sekali lagi kita pasti tersentuh dengan peribadi ar-Rasul saw ini. Setiap ibu bapa secara fitrahnya pasti mencintai dan menyayangi anak mereka. Begitu pulalah halnya dengan ar-Rasul saw. Tetapi seringkali hari ini ibu bapa merosakkan anak mereka dengan kasih sayang mereka yang keterlaluan. Ar-Rasul saw pernah diuji Allah SWT dengan kematian anak lelakinya Ibrahim. Beliau amat tenang dan akur dengan pemergian anaknya, riak wajahnya tidak ternampak pun kesedihan yang mendalam cuma linangan airmata saja tang terus berlalu. Bagaimana kita dapat melihat keredhaan ar-Rasul dengan kehendak Allah SWT. Baginda dapat menunjukkan bahwa kecintaan baginda pada anak-anaknya tidak dapat menewaskan oleh kecintaan baginda pada ketentuan Allah SWT.
Di dalam hubungan baginda dengan cucu baginda pula, sepertimana kisah yang amat terkenal, iaitu beliau sengaja memanjangkan lagi sujudnya semata-mata untuk membiarkan cucunya hassan dan hussein menaiki belakangnya seperti bermain kuda. Tetapi senario itu sedikit pun tidak mengurangkan kekhusyukan baginda pada Rabbul Izzati Allah SWT. Maka memang terbukti bahwa hanya ar-Rasul saw itu merupakan contoh yang terbaik bagi panduan hidup manusia. Keindahan akhlak yang dipamerkan oleh ar-Rasul saw ini semuanya lahir dari ketauhidan atau keimanan baginda kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah Nya di dalam memahami agama ini amin....Wa Allah hu a’lam..

Ahad, 30 Mei 2010

KutuKan Buat Yahudi laKnatuLLah......semoga berjaya Viva Paletina....




Wa lan tardho ank kal yahuudu walan nasoro hatta tattabi'a millatahum.....

sesunggugnyah org2 yahudi dan nasrani tidak akan ridho terhadap mu (hai umat Islam) sehingga kamu mengikuti millah (agama) mereka.....
(albaqaroh: 120)


assalamualaikum buat semua....akhir2 ini ancaman yahudi semakin terserlah kebiadabannya keatas rakyat palestina secara khususnya dan pada umat Islam secara amnya.....walhal agenda viva palestina itu adalah demi kemanusiaan keatas blokade yg di buat oleh si celaka penjajah israel lakanatuLLah...tambahan lagi disokong oleh si munafikuun mesir....

ayuhlah kita umat Islam benar2 menjayakan pemboikotan pada israel dan sekutunya amerika....sekiranya armada2 ini disekat dan ditahan maka umat Islam perlu benar2 bangkit dengan keimanan yang terbina utuh agar dapat menyahut seruan jihad jika itu yang yahudi laknatuLLah benar2 mahukan....

sekiranya umat Islam masih lagi lalai dan leka serta hanyut dengan duniawi maka bagaimana mahu membebaskan palestina....kerana palestina hanya mampu dibebaskan oleh hati2 yang benar2 taat dan yakin pada ALLAH SWT.....bangunlah saudaraku.....

Jumaat, 21 Mei 2010

Guru Pembina Negara bangsa....realiti atau fantasi....???

Assalamualaikum buat semua....pada 15 mei yang lalu kita semua di ajak untuk memberikan penghargaan buat semua insan yang bergelar guru....suatu suasana yang amat baik di mana di dalam Islam sendiri menyuruh kita agar taat, patuh serta menghormati guru sehingga sangat banyak adab-adab yang perlu di jaga sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya tazkiyatun nafs yang di taskhih dan disusun semula oleh Sheikh Sa'id Hawwa.

Pada permulaan kitab ini beliau menyediakan satu bab yang diberi tajuk "bab adab guru dan murid"....di dalam Islam terdapat pelbagai hukum, baik secara fiqh maupun secara adabnya yang perlu di jaga di antara guru dan murid dan juga murid dan guru....apa yang menjadi persoalan pada minda saya ini yang telah sekian lamanya terbuku adalah, sejauhmana hal ini di amalkan di malaysia secara umum dan umat Islam khasnya...contohnya apakah boleh guru dan murid bersalaman biarpun pangkatnya adalah seperti anak-anak sendiri....sekiranya murid itu sudah mencapai umur baligh baik pada murid perempuan maupun lelaki....

kembali kepada sambutan hari guru tadi, ianya boleh jadi sesuai dengan ajaran Islam sekiranya ianya berlandaskan syariat, akan tetapi persoalannya apakah sambutan itu benar-benar menjaga batasan syariat...ini sangat jelas dan terang...

dalam sebuah hadith dari An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang
halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat
hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak
diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal
musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan,
barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di
sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah
bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah
larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam
tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik;
dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak.
Ketahuilah, dia itu adalah hati.'"
(HR. Bukhori)

hadith ini menyatakan kepada kita dengan jelas bahwa yang halal itu jelas dan haram itu jelas....maka jika secara terang majlis-majlis yang dijalankan di sekolah-sekolah bertentangan dengan yang halal lalu bagaimana?? sekiranya ada tarian dari murid dan guru wanita yang mempamerkan lenggok badan mereka maka apakah hal itu halal atau harus...maka apakah dalil atau hujjah bagi mereka yang ingin menghalalkan hal ini???? lantas di mana letaknya ayat Al-Quran dari surah an nur ayat ke 31 yang berbunyi (maksudnya) :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”

apakah ada golongan yang berani membenarkan hal ini????sedangkan majlis sambutan hari guru ini dimulakan dengan doa yang di tujukan kepada Rabb Yang Maha Agung dengan penuh pengharapan dan kehinaan agar majlis di Rahmati Nya lalu selesai doa majlis tarian di mulakan....apakah hal ini suatu kewajaran....??????? apakah kita mau mempermainkan doa tadi dengan Allah SWT.....

yang amat menyedihan lagi adalah tidak ketinggalan para ustaz dan ustazah yang turut sama menunjukkan aksi yang melanggari batas syara'...yang ditontoni oleh anak didik mereka...maka apa yang mereka lakukan menjadi 'qudwah hasanah' pada anak didik mereka......

kerana itu sekali lagi....Guru Pembina Negara Bangsa......realiti atau fantasi....

Khamis, 20 Mei 2010

renungan buat insan

Kata pujangga:

إذا الإيمانُ ضاع فلا أمانَ ولا دنيا لِمَنْ لمْ يُحْيِ ديناَ ومَنْ رَضِيَ الحياةَ بغير دينٍ فقد جعل الفَناءَ له قرينَا

apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan, · dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama, · sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama, · dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.

Mutiara kata :

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal dan mati amal kerana tiada istiqomah.Bila mata bertemu mata.Akan mula rasa kasih.Bila hati bertemu hati.. Akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah.. akan terasa kebesaran Ilahi. Agama menjadi sendi.Pengaruh menjadi penjaga.Kalau tidak bersendi runtuhlah dan kalau tidak berpenjaga maka tidak terserlahlah hayat kita

assalamualaikum.....satu permulaan membentang jalan...


assalamualaikum buat semua....langkah awal dalam alam yang baru....huhuhu.....ni lah kali pertama dalam penulisan internet....semoga diberikan bantuan dan bimbingan oleh Yang Maha Esa....amin insyaAllah....